Thursday, July 9, 2015

TIPS UNTUK BERJIMAT, REZEKI TERPIJAK. KEPERLUAN DAN KEHENDAK

siapa dalam dunia ni yang tak pernah TERBOROS? tipu lah kalau tak pernah haha

contoh masuk kedai runcit beli barang masak, dalam list cuma ada 5 barang nak beli tiba tiba ternampak tin sardin tetapi terlupa kat rumah ada stok atau tidak, maka beli lah dua tin sebagai stok. balik rumah tengok kabinet rupanya ada 3 tin masih elok dan baru teringat baru beli dua hari lepas.

Membazir?



untuk kes ni, tidaklah membazir sebab memang kita akan guna untuk masa akan datang, tambahan sardin adalah sumber makanan yang sedap dan hampir semua gilakan lauk sambal sardin yang emmmm sedapnyeee tu haha walaupun ada haters sardin kanss


ni contoh paling simple sebab aku suka memasak. cubalah tukar perkataan sardin tu kepada sesuatu yang esoknya engkau boleh rasa engkau menyesal sesungguhnya haa ni fikir sendiri lah engkau yang membazir


kalau google, ada banyak tips untuk berjimat cermat yang sangat sangatlah cliche dan random.




FAHAMI BEZA ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan - makanan, pakaian, handphone.
Kehendak - makanan fastfood cheeseburger rm15, pakaian seluar jeans H&M rm195, smartphone rm3k

ramai orang yang sampai tahap tak pandai dah nak bezakan mana satu yang dia perlu mana satu yang dia hendak. penting faham beza keperluan dan kemahuankeperluan adalah sesuatu yang kita memang perlukan dan memang pasti kita akan guna dan tak membazir selepas melabur. kehendak pula adalah sesuatu yang kita dah ada tapi kita nak upgrade. baru beli iphone 5s tak sampai 5bulan beli iphone 6+



MENABUNG

ada banyak medium untuk menabung selain daripada menabung guna tabung bentuk buah-buahan yang paling legend masa kecil dulu hehe
sediakan satu akaun bank yang khas yang boleh digunakan untuk menabung, dan pastikan setiap bulan kita ada sedekahkan sedikit jumlah daripada gaji kita ke dalam akaun tersebut. paling sedikit RM2.00 . ye RM2. nampak macam sikit kan? ok gandakan sepuluh RM20 agak agak cukup tak agak agak kita mampu atau tak untuk komitment jumlah tersebut setiap bulan

Nak gandakan lagi sepuluh? RM200? BOLEH tiada siapa yang berhak menghalang anda. tapi fikir semula, MAMPU ATAU TIDAK UNTUK ANDA MEMBER KOMITMENT SEBULAN RM200?

jadi nasihat saya, paling banyak setiap bulan dari RM2 hingga RM99 untuk kita simpan ke akaun tersebut. kalau anda tak bersetuju, itu pilihan anda :)





SELIT DUIT SEMAMPU BOLEH


SELIT selagi boleh selit. tips ini paling penting dalam nak menjayakan TIPS UNTUK BERJIMAT, REZEKI TERPIJAK. KEPERLUAN DAN KEHENDAK



ada baju yang dah jarang digunakan dan tersimpan rapi dalam almari? SELIT RM10 pada setiap helaian baju tersebut. katakan ada 10 helai baju tak digunakan lagi, RM10x10 =RM100
katakan lah lagi setahun anda mengemas bilik dan terjumpa duit duit tersebut. apa perasaan anda? BAHAGIA? TERUJA? hahaha bayangkan lah sendiri apa yang bakal anda alami


aplikasi kan juga perangai selit menyelit ini pada barangan anda yang lain seperti di dalam beg, kasut, tudung, stokin, buku, surat-surat, frame gambar, perkakas rumah, dalam lampu dan sebagainya lah
fuh bayangkan setiap tempat letak rm10, percuma je menabung tanpa usaha hahaha



sebenarnya benda ni baru juga terjadi pada diri aku sendiri.


Pada 07 OKTOBER 2014 kononnya nak pergi bercuti kat Pulau Acheh, Indonesia. kebetulan chalet di sana hanya menerima bayaran melalui paypal. tetapi entah macam mana atas masalah yang tidak dapat dielakkan aku tak dapat pergi ke sana dan meminta untuk pulangan semula deposit iaitu separuh daripada bayaran penginapan di sana.

tunggu punya tunggu tak dapat-dapat pun refund tersebut. aku FRUST terus ambil keputusan untuk buat buat lupa yang aku ada akaun dengan paypal.


sampai lah ke tarikh harini 10 Julai 2015, sign up program Affiliate Jobdirumah dan merasakan perlu untuk ada akaun paypal. dek kerana tak ingat langsung email apa yang aku gunakan pada tahun lepas, terus tak fikir apa untuk sign up yang baru


kebetulan pula, email yg aku nak sign up ni adalah email yang sama aku guna untuk register paypal pada tahun lepas. kebetulan aku memang masih ingat kata laluan/password, tanpa ragu-ragu PAP!! berjaya masuk ke akaun lama.


DAN NAK TAHU PERASAAN PALING SERONOK YANG TAK TERHINGGA BILA..................




haaaa tengok tu RM140.00 tak ke rasa macam rezeki terpijak lagi-lagi bila minggu depan dah nak raya?! hahaha perasaan dia macam diri sendiri pada tahun lepas bagi reward / ganjaran buat diri sendiri pada tahun ini. senang cerita macam ada orang bagi hadiah harijadi hah bayangkan hihi





jadi, JOM KITA MULA MENABUNG WALAUPUN SERENDAH RM2.00 :)















(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻

  Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here,  kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku be...