Saturday, February 26, 2022

(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻

 Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here, 


kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku bersalin anak sulung. Ini adalah part two tau. Kalau korng belum tengok/baca part 1 boleh tekan link kat bawah sekali, aku ada buat video kat youtube dimana aku ceritakan semua pengalaman bersalin, so aku dah siap siap letak link sekali untuk semua video pregnancy experience. Ada 4 video k, jangan lupa checkout

Without further due, marilah kita mulakan.


Part 1 sebelum ni aku cuma cerita pasal contraction, turun tanda, dan proses meneran sampai baby keluar je. So now aku nak sambung kat part kena jahit dan seluk selepas jahit. Sakit tapi bila ingat2 balik mesti aku akan tergelak sendiri. Sebab apa yg aku alami semua kelakar! 


Kalini aku nak share sikit beberapa pengalaman semasa dan selepas bersalin, yang bagi aku bila diingat balik memang kelakar! Tak pernah dibuat orang, tapi aku buat hahahah

Tapi masa aku alami tu, rasa macam nak larikan diri dari hospital ye, ngeriii 🤣


Aku bersalin ada kena gunting sikit disebabkan slow progress. So macam biasalah kalau tanya org lain apa yg paling ngeri bila bersalin mmg kebiasaannya org akan ngeri bab kena jahit


Tapi aku pulak lain sikit. Aku takde rasa perit kena jahit pun, sebab masa kena jahit tu aku dah terlampau penat dan mengantuk. Aku tak tidur lebih 36jam dan aku menanggung contraction lebih 20jam. So time kena jahit tu mmg aku mengantuk sgt2 mmg tak sedar sbb aku tertidur. Even masa tengah push baby keluar pun aku boleh terlelap inikam pulak kena jahit heh smollll hahahhaa



Cuma cuma cuma ada satu part je yg aku takkan lupa sampai bila2!

Yg jahit aku masa tu doktor tau, so masa nak jahit bahagian dalam doktor tu bgthu “sy nakmula jahit ye, tak sakit jgn risau, nnt time nak jahit bhgn luar baru sakit sikit”

Aku pun yekan jela, mmg tak sakit pun. Tp rasa Lah jugak macam ada benda kena terik2 gitu, paling kuat pun mcm kena gigit semut. 


Aku rilek je laklok tido 


Masuk part nak jahit bahagian kulit. Aku ni dh la tengah tidur. Enak tenang2 je. Tiba tiba SAPPPPPPP TANGKELITANGKELITUMG (bunyi barang jatuh) 


Nak tahu tak apa yg jatuh tu?? Haaa dulang and peralatan jahit yg doktor tu tengah guna jahit aku tu, haaa barang2 tu jatuh 


Aku mmg terkejut sngt2. Aku mintak maaf kat doktor tu berpuluh kali wehh aku ckp kat dia “ya allah doktor minta maaf sgt2 sy tak sengaja, kenapa doktor tak bgthu nak jahit kulit luar? Sy terkejut sgt, sbb sy tengah tidur. Sorry doktor, sorry sangat, sy tak sengaja”


Pastu doktor tu aku taktau lah dia marah ke tak sbb aku mamai terok sgt masa ni, tp doktor tu ckp la takpe takpe 


Aku sumpah clueless gila masatu . Aku taktau lah sbnrnya apabenda yg jatuh. Aku rasa macam aku ada tendang tangan doktor tu jugak tau. Kalau tak silap lahhh. Hahahha nasib lah doktor nak buat cmne. 


Sampai kan doktor.dh siap jahit, dia nak keluar pun aku still mintak maaf 

Aku duduk kat labor room masa tu lama weh dekat 3jam. Dan lama gila dibiarkan berlumuran darah. Aku bersalin 4.22pm, dekat pukul 6 baru nurse bersihkan badan aku and kemas2 ready utk transfer masuk wad. 


Aku keluar je dr labor room td tetibe terserempak dgn doktor yg jahit aku tadikkk ya allah malu nya rasaaaaa sumpah malu gila, aku cuma mampu sengih2 sambil garu kepala je. Doktor tu pun senyum je pastu berlalu pergi


7pm cmtu baru sampai kat wad. Dewan bersalin lama hsajb. Kat sini satu wad ada dlm 8org je. Yg aku tau, kalau ibu bersalin takde masalah mmg akan masuk situ. Bersyukur gak ah tak masuk wad yg beramai2 kat bangunan utama tu. 


Time ni aku lapar sgt2, dh lepas waktu dpt makanan dinner so aku terpaksa tunggu suami aku keluar amik brg tertinggal kat rumah n bawak makanan utk aku. 

Dr pukul 7 sampai pukul 10 aku tidur jeeee tak selesa badan tapi aku mengantuk sgt time ni so mmg tidur je. Dh macam balas dendam tidur


10pm lebih cmtu baru suami aku sampai. Time ni dh tak fikir lapar dh, fikir nak mandi je, belengas sgt2. Masa nak serah diri semalam nya entah mcm mana entah aku terlupa nak bawak undergarment n sanitary pads. So suami aku balik tu utk amik benda tu lah, tu yg aku terpaksa tunggu dia hntar brg baru aku boleh mandi.


Suami aku balik aku rilek je kejap dlm 15minit. Kemas2 brg. Korang bayangkan aku menahan kencing lamaaaaa gila dh berapa jam dh daripada aku bersalin. Ytengah nak melangkah keluar drpd wad, aku tercari2 toilet kat mana, sbb first time masuk bangunan tu, aku tunggu kat depan kaunter nurse masa tu dekat 10 minit gak, aku dah taktahan dh nak kencing time ni. 


Nak mencari nurse, mana boleh jalan jalan sgt kan baru lepas bersalin. Aku baru nak gerak sikit tibaaaaa tibaaaaaaa sruhhhhshhshshshshhhh air kencing aku mengalir dgn deras nyaaaaaaaahh literally aku terkencing depan wad/ depan kaunter /depan lift! 


Pastuuuuuu kebetulan time aku tengah kencing tuuuu nurse pun keluar dr ofis ke bilk apetahh. Kebetulan sgttt, pastu nurse tu ternampak aku dia tanya “awk kenapa nak pergi mana?” Aku sumpah takleh jawabbbbbbb sbb aku tengah kemut menahan air kencing yg deras tu hahahahahhaa first time kencing lepas bersalin kan sakitttt pehh dh macam apa dah aku masa tu.


Nurse tanya tu, aku pause 5saat pastu siap je kencing aku buat muka kesian sambil tunjuk lantai 


“Sorry misi, sy nak gi toilet tp sy taktau toilet kat mana.. sy taktau nak tanya siapa. Sorry sy tak sengaja”


Pastu nurse tu alhamdulillah takde marah ke buat muka menyampah ke takdeeeee. Dia ckp allah kesian nya awak, sorry sorry sy ada keje kat dlm td. 


Lahh dia pulak yg mintak maaf, pastu dia terus amik kertas tepek kat lantai. Pastu dia tunjuk toilet kat mana je kan, aku terus rasa mcm ya allah bodohnya lah aku ni. Kalau la aku fokus sikit je td mesti dh sampai dh toilet.


Pintu toilet tu betul2 mengadap pintu wad. jarak dr wad nak ke toilet dalam 10meter je. Mmg sepatutnya aku boleh nampak walaupun aku rabun -300. Tapi mungkin sbb masatu aku dah tahan sgt nak terkencing so aku menggelibas gabra hahaha


Bersyukur sgt2 sbb nurse tu takde marah2, lembut je dia respon siap mintak maaf


Aku pun mandi lah dgn tenang setenangnya takde nak risau tinggal bby lama2. Sbb bby kena tahan wad asing. Siap mandi berangan nak tidur dgn tenang lah kononnya. Takleh gais, aku dok teringat2 kat baby pastu dgn jiran2 katil punya baby nangis nak susu. Yg struggle nak breastfeed anak sbb first time mom. Baby nangis je. Bukan stkat baby nangis. Dgn ibu dia sekali nangis sbb struggle.

Dh dekat pukul 4 baru aku dpt tidur


Baru sejam lebih jam terlelap tetibe nurse terangg lampu terbukak nurse pun start kejut utk amik blood pressure. Pastu 6.30 tak silap doktor dh start round. Tanya2. Pastu aku gi mandi. Dalam pukul 7, nurse bagitahu pukul 8 kena gi bilik sekian sekian.


Aku clue less gila masa ni, kenapa kena gi bilik tu. Jiran katil sebelah dah beranak kali ke 4. Dia kata utk check jahitan sebelum keluar. Aku mcm oohh okayy check jahitan je


So masuk lah aku dlm bilik tu tepat pukul 8pagi. Ye eksaited gila weh nak diperiksa sebabbbbbb aku dah tak sabar sgt2 nak checkout from hospital pastu tak sabar nak tgok bby kat dlm wad. After bersalin aku belum ada dpt tgok bby. 


So masuk je dlm bilik tu dah ramai dh ibu2 lain yg menunggu sama. Masing2 berbaris. Tetibe ada sorng ibu ni dia amik satu helaian kertas yg berlipat2 drpd satu kotak kat satu sudut. 


Aku dh start curious. Aku biarkan lah,then dtg lagi sorng ibu amik jugak kertas yg sama. Tak sampai beberapa saat beratur 2 3 ibu lain kat belakang dia tunggu turn utk amik kertas yg sama. Aku pelik. Aku bangun dan tanpa sedar aku pun tengah beratur gak untuk amik kertas td tu.


Pastu duduk semula dan menunggu. Tiba2 terdengar suara sorng ibu ni menjerit dlm bilik . Ibu lain pulak masuk pun sama terjerit jugak. Ada ibu yg jerit kuat, ada yg jerit perlahan je macam terkejut cmtu.


Aku dah start curious lagi sekali. Weh apebende yg doktor buat dalam tu wehhhh apsal semua terjerit2 pulak ni. 

Aku dh start gigil, nervouse gila babss wehh time ni.

So sampai lah giliran aku utk masuk and check,


Doktor bagi arahan tanggalkan seluar dlm/pad letak tepi then bentangkan kertas yg aku amik td tu letak atas katil. Pastu doktor suruh aku baring atas katil and make sure punggung letak betul2 atas kertas tu.


Dgn perasaan nervous dan taktahu apa2 tu, aku ikutt jelah apa doktor tu suruh buat. Lepastu doktor selak kain aku. Then dia pesan, tarik napas dalam2 then tahan nafas ye.

Well ok doktor?


Tiba tiba..... arghhhhhh aku terjeritt yg sgt kuat. Doktor marah aku wehhhh dia cakap jgn angkat bontot, awak angkat bontot nnt lagi sakit. 

Sikit lagi aku nak nangis tau masa tu. aku terkejut sgt2 tak sangka sakit sampai mcm tu sekali.


Dan itu adalah pengalaman bersalin yg paling aku trauma. Ye, kalau org lain mungkin trauma sbb contraction atau bab kena teran anak, tapi aku, aku trauma sbb kena seluk dgn rakus oleh doktor. Seluk selepas jahit. Yessss sumpah aku trauma.


Aku boleh adapt sakit contraction dan teran baby. Walaupun aku kena hadap contraction sampai 20jam. Aku still okay. Aku boleh hadap teran anak lebih 20kali sampai tertidur sbb penat. Aku okay. Tapi seluk lepas bersalin? Nope. Sebab? Mungkin kebetulan. Tapi aku mungkin dpt doktor yg tengah bad mood masa tu. dia seluk tanpa rasa simpati tau. Dah lah main seluk je, dah seluk tu tangan dia tu dok godek2 ramas2 dlm rahim aku. Sumpah rasa nak mati. Sesak napas aku time tu


Tapi bila doktor tu tunjuk gumpalan darah yg dia keluarkan, aku terpaksalah redha je time tu hahaha walaupun dalam hati allah je yg tahu


Aku sumpah tak tahu dan otak aku tak ready langsung pasal sebenarnya ade seluk selepas bersalin. Sebab sepanjang kakak aku 3 kali beranak, aku tak pernah dengar dia complaint atau bercerita pasal kena seluk mcm tu. bila aku cerita balik kat kakak aku, dia kata mungkin sbb dia bernasib baik, time kena seluk tu dia dpt doktor yg good mood hahahhaa 



Ok lah korang setakat ni je video utk kalini. Tu lah antara experience bersalin anak sulung yg aku rasakan agak kelakar lah. Aku tak sangka aku akan hadap benda tu semua. Setiap kali aku teringat 3 kisah ni, mesti aku akan tersengih2 sorng 😂


So korang, share la jugak apa pengalaman bersalin yg kelakar korang pernah lalui, share kat comment ok?


korng jgn lupa tengok. And btw jgn lupa follow tau! Thanks for stopping by guys. Till next time! Bye!

 

Jangan lupa checkout my youtube! 


 Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 1 : https://youtu.be/NYPSC5wk2I8

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 2 : https://youtu.be/X5m02yjuCB8

Pengalaman Bersalin Czer Part 1 : https://youtu.be/pDSY9vAxpKM

Pengalaman Bersalin Czer Part 2 : https://youtu.be/l0PEhkL_Q5Q


With Love,

Nella 💕 


LETS BE FRIENDS IN SOMEWHERE DOWN HERE 💕

          Instagram : https://www.instagram.com/nellanekla/

          Twitter : https://www.twitter.com/fyshakarim

          Facebook : https://www.facebook.com/fyshakarim


SUBSCRIBE SUBSCRIBE SUBSCRIBE ME! 

          https://www.youtube.com/channel/UCgLlA8vlyQ5I1QKQaaz3YPQ


For business purpose;

           itsnella.co@gmail.com

           fiesyahenquiry@gmail.com


No comments:

(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻

  Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here,  kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku be...