Saturday, September 19, 2015

Percutian Ke Bali, Indonesia 5H4M

Assalamualaikum,


harini rasa berlapang dada nak share pengalaman bercuti dan melancong ke Bali, Indonesia
15-19 Oktober 2014 iaitu selama 5hari 4 malam. wah cerita lama dah setahun terkubur tersemat dalam hati tapi tak berkesempatan nak diluahkan giteww hahaha

trip kalini seramai 6 orang. sejujurnya aku ni kurang gemar kalau buat trip yang ramai ramai, even 6 orang ni pun aku dah rasa ramai. tapi kalau trip yang orang lain buat aku suka je nak ikut sebab tak payah nak pening fikir nak melayan, lain manusia lain ragam nya tak gitu?


sebelum tu kita buat salam perkenalan dengan gambar bawah ni ye *baca caption k :*
inilah dia 6 ketul muka sepanjang berada di bali haha



group ni sebenarnya terbahagi kepada dua. 4 out of 6, berada di Bali hanya selama 3hari 2 malam, and lagi 2 orang (me &cousin) sahaja yang stay sampai 5hari 4malam. dan sangat tak rugi stay sana lama sikit sebab banyak tempat dapat cover, and sebenarnya masa tu macam menyesal pun ada tak stay 6 hari kalau tak, dah boleh pergi lombok naik speed boat

memandangkan aku punya trip adalah selama 5h4m jadi aku boleh ler share full experience hehe



Friday, September 18, 2015

#travel4mates - WHERE JOURNEY BEGINS

Assalamualaikum,

so whats up with #travel4mates ? 
#travel4mates Signatures :)



k originally nak cerita sejarah disebalik penubuhannya(gitewww) geng #travel4mates yang mana nama asalnya adalah #gangkakijalan . tertubuhnya group ni masa kami berempat ke bali on Oct2014.sebelum tu dah guna masa ke USS tapi masa tu this group kira tak official sangat. bila dah habis trip Bali baru lah mula digembargemburkan hashtag ni hihi

by the way sebenarnya tak pernah sekali pun terlintas bakal berjumpa dengan apa yang aku sangat angan angan kan sepanjang dalam hidup. yelah daripada baligh (kesedaran utk travel) lagi kot dah bercita-cita nak punyai satu group consist of bestfriend yg memang sangat suka berjalan (we called it as HOBBY) dan tiba2 je bila kau mula berjalan dan jumpa dengan orang yang tak pernah sangka akan jadi kau punya travel partner  haaa amik panjang explain

"travel4mates - pengembaraan 4 teman" (direct translation gaiss)

as you can read, the original meaning of #travel4mates
mengisahkan tentang 4 sekawan mengembara mengelilingi dunia (insha Allah, amin)
nama ni dipilih lepas complete our 2nd journey together. masa tu betul2 tengah tunggu boarding flight Kota Kinabalu (BKI) - Kuala Lumpur (KUL). tapi discuss kat whats app group lah sebab one of partner naik flight lain

boleh dikatakan sebenarnya sayang gila dengan hastag #gangkakijalan tu. tapi entah macam mana entah masa nak up gambar kat ig check hashtag, eh ramai pulak yang guna hashtag tu. originally nya pun memang first gambar kitorng kat bali yg guna hashtag tu.

#travel4mates in Kuta Bali, Indonesia
rasa macam tak syok ah and rasa macam dara ku dirampas gitu hahahaha 
so macam2 nama lah yang keluar - travel4soul - journey4soul - gang4journey - eh macam2 nama lagi lah keluar sebab tak sabar nak update caption cecepat masa tu. akhirnya terpilih lah nama #travel4mates aaaaaahhh masa tu Allah je tahu perasaan bahagia nya macam mana sebab berjaya buat something yang mungkin orang lain tak pernah rasa


yang paling aku rasa the best part pasal group #travel4mates ni sebab kami bermula sebagai strangers. strangers tak strangers jugak lah sebenarnya tapi kinda unik lah (bagi aku hahaha)


bermula daripada 2 pasang bestfriend iaitu aku & afy dan juga enon dan fiefy. 
kalau guna terms ni pun kurang sesuai jugak sebenarnya haha takpelah make it simple jelah
aku and afy mmg dah kawan lama lah since 2008. while afy, enon and fiefy pulak satu tempat study. enon and fiefy ni bestfriend lah. afy ni jadi rapat dengan fiefy sebab diorng dah travel berdua. 


tetiba masa trip bali (2014) tu plan asalnya cuma nak pergi 3 orang je (aku, afy and fiefy) tapi entah macam mana entah masing masing gatal tetibe je setiap sorang nak bawak satu kawan. fiefy ni bawak si enon. 

haa so dari situ lah aku jumpa enon. tapi masa kat bali ni pun macam biasa2 jelah takde lah declare rapat sangat pun (hahahhahaa) bila dah ke Sabah (2015) ni barulah betul2 macam rapat and kenal luar dalam sebab memang pergi 4 orang je.

tu pun jadi mcm rapat sebab 4orang ni tidur sebilik sepanjang 4 hari kat sabah lepastu faham2 jelah kalau dah duduk sebilik ni kau memang boleh tahu dari atas sampai bawah pasal strangers. haaa macam tu lah lebih kurang

and tetibe pulak teringat kitorng punya pillowtalk masa kat sabahhikhik rindu! tak sabar nya nak next trip dengan gegirls!

hihi so begitulah gamaknya sejarah perkenalan dan penubuhan group #travel4mates ni.


insha allah nanti bila ada kelapangan aku update Trip ke Bali dan Trip ke Sabah ya!!



#travel4mates in Kundasang, Sabah




and sangat sangat sangat tak sabar untuk our next trip!

Pulau Harimau, Lombok, Manila/Palawan and many more! aww!




xoxo,


Friday, August 28, 2015

PULAU HARIMAU BY PULAUKITA

Assalamualaikum.



biasanya bila disebut pasal mersing, kebanyakkan yang terlintas kat fikiran mestilah Pulau Tioman kan? paling tak pun yang tengah famous semestinya lah Pulau Rawa as of terdapat chalet mewah yang disediakan, (harap maklum yang terlebih bajet je yang boleh berangan nak pergi situ ye, sebab Pulau Rawa ni adalah sebuah private island. ya diulangi PRIVATE ISLAND. yang membawa maksud, orang tertentu sahaja yang boleh menjejakkan kaki kat pulau tu)


Sekarang ni aku bukan nak cerita Pulau Rawa, tapi nak cerita pasal PULAU HARIMAU. Pernah dengar pasal Pulau Harimau? ok sebenarnya frankly said, aku sendiri pun tahu kewujudan Pulau Harimau ni lebih kurang dalam 5 hari sebelum aku pergi ke situ.


Nak dijadikan cerita, Pulau Harimau ni kira macam tengah viral lah kat facebook. and nak dijadikan cerita aku pun baru je tahu rupanya Pulau Harimau tu terletak di Mersing, Johor! so i was like ohh okay (dalam hati : boleh pergi ni) so i just tweeted "ohh Pulau Harimau kat Mersing"


besoknya my kinda travelmate tweeted to me
"farah, kau nak pergi pulau harimau tak ahad ni, ternampak kau tweet semalam"
ahhh gila kau terus confirm nak pergi! haha **k perlu ke those dialog


and so yes!




aku join pakej daripada Pulau Kita boleh refer kat instagram diornag HERE later i akan share their packages ya :)
sebelum tu sila nikmati pemandangan yang berjaya di tangkap di Pulau Harimau, Pulau Mensirip dan Pulau Gual :D

1) Pulau Harimau
bahagian belakang Pulau harimau - terdapat gua **sejuk!
bahagian hadapan Pulau Harimau 



abaikan 2 org yang kat depan tu ye haha gambar ni sebenarnya sebagai bukti bahawasanya air kat Pulau Harimau adalah jernih sejernihnya. dah berdiri dan air paras pinggang pun, tapi boleh nampak tapak kaki aku tu :0
 2) Pulau Mensirip
Pulau Mensirip

 3) Pulau Gual




Pulau Rawa - gambar diambil dari Pulau Gual

dan akhir sekali gambar beramai ramai!






[Pulau Harimau | Mersing | Johor]
Kami menyediakan pakej snorkeling ke 3 pulau iaitu Pulau Harimau, Pulau Gual dan Pulau Mensirip. Lokasi terletak di kepulauan Mersing.
Pakej A [GroupTrip]RM160.00/seorang. Pakej termasuk☆Day Trip☆☆Seorang Guide☆☆Boat pergi dan balik☆☆Makan Tengah Hari☆☆Snorkeling Set including fin☆☆Minimum 10orang
Pakej B [GroupTrip]RM 260.00/seorang. Pakej termasuk☆Day Trip☆☆Seorang Guide☆☆2hari 1malam☆☆Penginapan di BlueWater Hotel☆☆Boat pergi dan balik☆☆Makan Tengah Hari☆☆Makan Malam☆☆Sarapan hari kedua☆☆Snorkeling Set including Fin☆☆Minimum 10orang
Untuk keterangan lanjut sila whatsapp ☆ Kimi 011 3989 0146 ☆ Awie 012 544 4120 ☆ GoProJB | UniteTheNation☆
okay above are the details of Package by Pulau Kita u guys can contact
☆ Kimi 011 3989 0146 @ Awie 012 544 4120 ☆ and jangan lupa hashtag #pulaukita hehe


pulau harimau : 160815
xoxo, :*

Thursday, July 9, 2015

TIPS UNTUK BERJIMAT, REZEKI TERPIJAK. KEPERLUAN DAN KEHENDAK

siapa dalam dunia ni yang tak pernah TERBOROS? tipu lah kalau tak pernah haha

contoh masuk kedai runcit beli barang masak, dalam list cuma ada 5 barang nak beli tiba tiba ternampak tin sardin tetapi terlupa kat rumah ada stok atau tidak, maka beli lah dua tin sebagai stok. balik rumah tengok kabinet rupanya ada 3 tin masih elok dan baru teringat baru beli dua hari lepas.

Membazir?



untuk kes ni, tidaklah membazir sebab memang kita akan guna untuk masa akan datang, tambahan sardin adalah sumber makanan yang sedap dan hampir semua gilakan lauk sambal sardin yang emmmm sedapnyeee tu haha walaupun ada haters sardin kanss


ni contoh paling simple sebab aku suka memasak. cubalah tukar perkataan sardin tu kepada sesuatu yang esoknya engkau boleh rasa engkau menyesal sesungguhnya haa ni fikir sendiri lah engkau yang membazir


kalau google, ada banyak tips untuk berjimat cermat yang sangat sangatlah cliche dan random.




FAHAMI BEZA ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan - makanan, pakaian, handphone.
Kehendak - makanan fastfood cheeseburger rm15, pakaian seluar jeans H&M rm195, smartphone rm3k

ramai orang yang sampai tahap tak pandai dah nak bezakan mana satu yang dia perlu mana satu yang dia hendak. penting faham beza keperluan dan kemahuankeperluan adalah sesuatu yang kita memang perlukan dan memang pasti kita akan guna dan tak membazir selepas melabur. kehendak pula adalah sesuatu yang kita dah ada tapi kita nak upgrade. baru beli iphone 5s tak sampai 5bulan beli iphone 6+



MENABUNG

ada banyak medium untuk menabung selain daripada menabung guna tabung bentuk buah-buahan yang paling legend masa kecil dulu hehe
sediakan satu akaun bank yang khas yang boleh digunakan untuk menabung, dan pastikan setiap bulan kita ada sedekahkan sedikit jumlah daripada gaji kita ke dalam akaun tersebut. paling sedikit RM2.00 . ye RM2. nampak macam sikit kan? ok gandakan sepuluh RM20 agak agak cukup tak agak agak kita mampu atau tak untuk komitment jumlah tersebut setiap bulan

Nak gandakan lagi sepuluh? RM200? BOLEH tiada siapa yang berhak menghalang anda. tapi fikir semula, MAMPU ATAU TIDAK UNTUK ANDA MEMBER KOMITMENT SEBULAN RM200?

jadi nasihat saya, paling banyak setiap bulan dari RM2 hingga RM99 untuk kita simpan ke akaun tersebut. kalau anda tak bersetuju, itu pilihan anda :)





SELIT DUIT SEMAMPU BOLEH


SELIT selagi boleh selit. tips ini paling penting dalam nak menjayakan TIPS UNTUK BERJIMAT, REZEKI TERPIJAK. KEPERLUAN DAN KEHENDAK



ada baju yang dah jarang digunakan dan tersimpan rapi dalam almari? SELIT RM10 pada setiap helaian baju tersebut. katakan ada 10 helai baju tak digunakan lagi, RM10x10 =RM100
katakan lah lagi setahun anda mengemas bilik dan terjumpa duit duit tersebut. apa perasaan anda? BAHAGIA? TERUJA? hahaha bayangkan lah sendiri apa yang bakal anda alami


aplikasi kan juga perangai selit menyelit ini pada barangan anda yang lain seperti di dalam beg, kasut, tudung, stokin, buku, surat-surat, frame gambar, perkakas rumah, dalam lampu dan sebagainya lah
fuh bayangkan setiap tempat letak rm10, percuma je menabung tanpa usaha hahaha



sebenarnya benda ni baru juga terjadi pada diri aku sendiri.


Pada 07 OKTOBER 2014 kononnya nak pergi bercuti kat Pulau Acheh, Indonesia. kebetulan chalet di sana hanya menerima bayaran melalui paypal. tetapi entah macam mana atas masalah yang tidak dapat dielakkan aku tak dapat pergi ke sana dan meminta untuk pulangan semula deposit iaitu separuh daripada bayaran penginapan di sana.

tunggu punya tunggu tak dapat-dapat pun refund tersebut. aku FRUST terus ambil keputusan untuk buat buat lupa yang aku ada akaun dengan paypal.


sampai lah ke tarikh harini 10 Julai 2015, sign up program Affiliate Jobdirumah dan merasakan perlu untuk ada akaun paypal. dek kerana tak ingat langsung email apa yang aku gunakan pada tahun lepas, terus tak fikir apa untuk sign up yang baru


kebetulan pula, email yg aku nak sign up ni adalah email yang sama aku guna untuk register paypal pada tahun lepas. kebetulan aku memang masih ingat kata laluan/password, tanpa ragu-ragu PAP!! berjaya masuk ke akaun lama.


DAN NAK TAHU PERASAAN PALING SERONOK YANG TAK TERHINGGA BILA..................




haaaa tengok tu RM140.00 tak ke rasa macam rezeki terpijak lagi-lagi bila minggu depan dah nak raya?! hahaha perasaan dia macam diri sendiri pada tahun lepas bagi reward / ganjaran buat diri sendiri pada tahun ini. senang cerita macam ada orang bagi hadiah harijadi hah bayangkan hihi





jadi, JOM KITA MULA MENABUNG WALAUPUN SERENDAH RM2.00 :)















Thursday, June 18, 2015

HERO 071291-300614

hari ini, dalam kalendar islam, genap lah setahun pemergian almarhum Muhammad 'Atuf bin Ab Karim. seorang abang yang aku kasihi dan sayangi. Pagi Ramadhan ke-2, sewaktu hendak pergi ke kerja menaiki motorsikal berkuasa besar yang aku sendiri tak pasti jenama apa (haha) sebab seingat aku umur motor tu baru sebulan sebelum pemergian dia menghadap Illahi



perit sebenarnya rasa macamni. genap setahun yang lalu, perasaan apabila terima berita daripada kakak aku itupun aku baca status dia kat facebook. masa tu aku dirumah bakal mertua menyambut puasa di Mersing.

almaklumlah selepas subuh aku tertidur, message dan call daripada kakak dan ayah aku tak perasan langsung. bangun bangun daripada tidur tengok handphone ada notification daripada kakak aku kat facebook. aku buka, aku baca dan hanya mampu menangis sekejap.

lima minit kemudian, aku bawa handphone dan tunjukkan pada boyfriend (masa ni belum bertunang), aku menangis kesal siap pakej hentakhentak kaki lagi. masa tu bakal mertua ada sekali dan tengok lah aksi kebudak-budakan aku masa tu, malu tapi lebih kepada sedih lah

terkejut terkedu


terus siap siap balik rumah, masa tu kebetulan memang ke mersing bawa kereta aku, viva hitam yang comel. jadi nakbalik ke jb pun aku yang drive sebab boyfriend takde lesen lagi masa tu, bertiga dengan adik dia. family boyfriend siap ambil cuti dan semua sekali iikut bertolak balik jb.

--i could have the best in law in this world, thank you--


sampai sahaja di rumah, jenazah dah pun dibawa masuk ke ruang tamu rumah. aku nampak kakak aku dan aku terus memeluk dia dari belakang, sahabat dan saudara yang di sebelah semua ke tepi seakan memberi kami peluang untuk bersedih.

masa ni Allah je yang tahu betapa pedih dan sedihnya yang kami rasa. hampir sepuluh minit berpeluk dan menangis. peluk terlerai pun bila ditegur oleh saudara yang baru tiba.


alhamdulillah segala urusan pengebumian selesai lebih kurang jam 2 petang. selamat lah arwah abangku mengikuti arwah ibuku ke alam barzakh. tak banyak yang aku pinta, moga dengan kehadiran abang aku, dapatlah dia menjadi syafaat yang besar buat uminda di sana


alfatihah




Muhammad Yazid Bin Ab Karim - meninggal pada 01 Disember 2008
Rohani Binti Abdul Aziz - meninggal pada 25 Mei 2014
Muhammad 'Atuf Bin Ab Karim - meninggal pada 30 Jun 2014


Bismillah... ya Allah ya rabbul 'izzati, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, Kau ampunilah dosa adik beradik ku, Kau ampunilah dosa saudara2 islam aku, Kau tempatkanlah mereka di kalangan orang orang yang beriman, Kau ringankanlah azab dan seksa kubur mereka, Kau luaskan lah kubur mereka seterang cahaya seribu satu malam, Kau permudahkanlah mereka untuk menjawab soalan daripada malaikat Munkar dan Naqir, sesungguhnya aku benar benar mengasihi mereka. amin amin ya rabbal alamin


Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Al Mubarok

Assalamualaikum,


Tahun ni merupakan tahun kedua aku berpuasa tanpa seorang ibu, tanpa dapat memakan air tangan seorang, tanpa dapat berasa dimarah masa dikejut untuk bersahur EH ops :p


tapi alhamdulillah aku masih ada kakak untuk bersama harungi ni semua. demi ayah dan adik beradik yang lain, insha Allah

semoga ramadhan tahun ni lebih diindahi dan diperbanyakkan lagi amalan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM




TRAVEL #01 - PART 2/2 ; Backpack to USS

sambungan PART 1 - Universal Studios of Singapore



okay aku nak share sikit untuk ke USS by backpack dan bukan menggunakan mana mana khidmat/pakej. hope will help :)


USS attraction entrance ticket - boleh dibeli online / beli dikaunter di USS / kirim kawan yang kerja Sentosa World - ok obviously i choose the last one plus boleh dapat discount lagi hehehe
normal price SGD75 convert HERE and yang paling best you guys can upgrade to Express Ticket later tau, depending lah on ke-ramai-an crowd masa tu, add on SGD30 kalau tak silap

BENDA WAJIB DIBAWA/DISEDIAKAN - selipar/sandal (if you wear any shoes), poncho (baju hujan/plastik), botol air bersaiz kecil (u may refill it later), camera for memories and last but not least MAKANAN sebab you sure gonna be zombi after each game haha



5.00am - get up and get ready to have fun

6.00am – start enjin kereta and pick friends at their house

6.30am – arrived at CIQ JB (kereta aku dibawa pulang oleh bakal suami untuk elak pembaziran bayar parking yang mahal hihi jimat)

7.15am – masuk ke CIQ dan terus proceed ke kaunter imigresen malaysia. Kalau nak tahu malaysia ada 2 jenis kaunter ;automatik dan manual . manual ni leceh sikit sebab imigration officer yg akan scan your pasport and sahkan you eligible untuk masuk singapore. While automatic machine adalah sangat mudah dan cepat. U guys Cuma perlu letak pasport dan computer akan scan ur pasport, then scan your ibujari for confirmation. Tak smpai 5 minit pun kalau guna machine automatic ni J



7.30am – naik bas Handal CW2 ke Queenstreet RM3.40. perjalanan ni agak makan masa sebab waktu ni waktu orang pergi kerja, bytheway aku kena berdiri sepanjang perjalanan nak ke kastam SG
kalau perasan kat bahagian kanan tu ada pejalan kaki kan? yes diorang jalan kaki ke kastam SG and you know what memang diorang yg sampai SG terlebih dahulu ya, aku yang naik bas ni almost satu jam jugak lah kena berdiri. belum sampai uss pun dah sakit kaki haha


8.40am arrived Queen St dan berjalan kaki ke Bugis St untuk mula gunakan MRT. Dapatkan EzLink Card kat service kaunter SGD20, worth it kalau korang memang selalu masuk sg atau boleh purchase one-time-use-ticket kat self service machine yg disediakan. 


From Bugis St - Joo Koon (2) - Outrampark - Harbour Front (MRT warna purple - North West Line) --- which will cost U SGD2.60
harbourfront terletak di dalam Vivo City. bila sampai, terus cari escalator and naik tingkat 3(tingkat paling atas) and korang akan masuk ke area Sentosa World Entrance. kat sini purchase one-time-ticket SGD4.00 for return MRT. boleh guna EzLink juga tau! 


once u touch ur ezlink kat sentosa world ni kan, kita boleh pergi kemana mana je kita nak menggunakan perkhidmatan MRT diorang for free, tak perlu guna MRT yg diluar sentosa world, rugilah nanti kita bayar sgd4 tadi tu :)


untuk pergi ke USS daripada Harbourfront, turun MRT kat Waterfront City. yeah finally sampai pun USS. kalau nak amik gambar kat globe USS tu u gais boleh just dropped by je, tak perlu purchase USS tix


untuk kali ketiga ni aku kurang sikit amik gambar sebab lebih pada suka suka je and sebenarnya aku tak berapa gemar sangat orang amikkan gambar, aku lebih suka selfie je haha)sebenarnya tak yakin dengan penampilan diri. tapi adalah jugak gmbar penuh diri ini tu pun amik gambar masa nak balik hihihi
ABAIKAN KETIDURAN -___-









baiklah enough cerita pasal perjalanan pergi. sekarang cerita pasal perjalanan balik pula.


pergi semula ke Waterfront City and naik MRT untuk pulang semula ke Sentosa World main entrance, Vivo City. then turun ke basement Harbourfront untuk naik MRT dan mulakan perjalanan Harbourfront - Ourtrampark - Joo Koon 2 dan transit ke Jurong East untuk pergi ke Kranji = SGD2.60


sampai sahaja di Kranji, amik bas CW1 untuk ke CIQ JB SGD2.60

aku sampai semula ke jb pukul 9.30 malam masa ni tak payah cerita lah kaki rasa longgar semacam nak tercabut pun ada haha gara gara perjalanan balik jb tu takde satu pun yang dapat duduk, sepanjang masa berdiri. jadi aku buat keputusan masa sampai kat Kranji aku tukar pakai selipar peh masa tu rasa macam bersyukur gila sebab bawak extra selipar 


total cost 

USS tix w/o voucher  = SGD 50.0
bus jb-queenstreet = SGD 1.2
since aku mmg dah ada ezlink card, aku just topup = sgd10. (MRT total = sgd9.2) = SGD 9.2
bus Kranji-jb = sgd2.60 = SGD 2.6
total = SGD63.0


convert to MYR = RM175.90#

TRAVEL #01 - PART 1/2 ; Universal Studios of Singapore

Assalamualaikum, hai :)


Ada apa dengan USS?
---ada globe dan ada perempuan acah acah pwinces---

sebenarnya aku bukannya jenis suka pergi tempat yang huha-huha ni, aku suka pergi tempat yang tenang sebab dapat menikmati indahnya ciptaan Allah, tapi sesekali pergi tempat huha ni boleh jerit puas-puas sampai nak terkeluar anak tekak haha


sejujurnya, sebenarnya yang benar benar belaka, tiada yang paling benar, aku dah pun 3 kali membazir pergi ke USS. ya TIGA kali. So, at which part did i say i hate those huha things? k seems like you guys can ignored jelah that phrases




MOMENT

November 2013 - cari gambar lama tapi tak jumpa pulak, so sad 
February 2014 - with girlfriends

June 2015 - with cousins & anon


maka cukuplah setahun sekali aku datang USS ni tanpa sedar dah confirm nak pergi baru perasan benda ni sebab seriously sangat best cuma a bit penat lah sebab kena beratur panjang almost 1jam setengah beratur and the games took about only 3 minutes approximately tu pun termasuk setup bagai hahaha but whatever aku tak pernah serik sebab kemungkinan besar bakal ada kunjungan ku yang keempat :p


to be continue ......... backpack to USS, Singapore :)

Monday, June 1, 2015

New Starts

Hello Gypsy,



Permulaan Baharu? ya aku cuba buat sesuatu yg lain. aku pernah ada blog sendiri yang mana terlampau banyak cerita perihal peribadi. which is sekarang ni aku kurang berminat untuk terlampau berkongsi - dia dah macam bukak aib sendiri pun ya jugak sebenarnya. maklumlah dulu blogging masa muda remaja banyak ke arah suka-suka dan entah apa apa - yang mana bila aku baca balik aku rasa nak termuntah dan terbayangkan penerimaan orang lain haha


aku suka travel, tapi bila dah jejak umur 20-an ni baru aku betul-betul cuba untuk melaksanakan hobi aku tu sebab family aku ni susah sikit nak lepaskan anak-anak berjalan tanpa sebab dan pengawasan. agak cemburu lah bila baca experience qi razali yang travel alone to europe masa umur belasan tahun (if im not mistake)


sebagai salam perkenalan amik ni sikit buat belanja celah gigi hehe
Kintamani, Bali - Oktober 2014




(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻

  Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here,  kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku be...