Thursday, June 18, 2015

HERO 071291-300614

hari ini, dalam kalendar islam, genap lah setahun pemergian almarhum Muhammad 'Atuf bin Ab Karim. seorang abang yang aku kasihi dan sayangi. Pagi Ramadhan ke-2, sewaktu hendak pergi ke kerja menaiki motorsikal berkuasa besar yang aku sendiri tak pasti jenama apa (haha) sebab seingat aku umur motor tu baru sebulan sebelum pemergian dia menghadap Illahi



perit sebenarnya rasa macamni. genap setahun yang lalu, perasaan apabila terima berita daripada kakak aku itupun aku baca status dia kat facebook. masa tu aku dirumah bakal mertua menyambut puasa di Mersing.

almaklumlah selepas subuh aku tertidur, message dan call daripada kakak dan ayah aku tak perasan langsung. bangun bangun daripada tidur tengok handphone ada notification daripada kakak aku kat facebook. aku buka, aku baca dan hanya mampu menangis sekejap.

lima minit kemudian, aku bawa handphone dan tunjukkan pada boyfriend (masa ni belum bertunang), aku menangis kesal siap pakej hentakhentak kaki lagi. masa tu bakal mertua ada sekali dan tengok lah aksi kebudak-budakan aku masa tu, malu tapi lebih kepada sedih lah

terkejut terkedu


terus siap siap balik rumah, masa tu kebetulan memang ke mersing bawa kereta aku, viva hitam yang comel. jadi nakbalik ke jb pun aku yang drive sebab boyfriend takde lesen lagi masa tu, bertiga dengan adik dia. family boyfriend siap ambil cuti dan semua sekali iikut bertolak balik jb.

--i could have the best in law in this world, thank you--


sampai sahaja di rumah, jenazah dah pun dibawa masuk ke ruang tamu rumah. aku nampak kakak aku dan aku terus memeluk dia dari belakang, sahabat dan saudara yang di sebelah semua ke tepi seakan memberi kami peluang untuk bersedih.

masa ni Allah je yang tahu betapa pedih dan sedihnya yang kami rasa. hampir sepuluh minit berpeluk dan menangis. peluk terlerai pun bila ditegur oleh saudara yang baru tiba.


alhamdulillah segala urusan pengebumian selesai lebih kurang jam 2 petang. selamat lah arwah abangku mengikuti arwah ibuku ke alam barzakh. tak banyak yang aku pinta, moga dengan kehadiran abang aku, dapatlah dia menjadi syafaat yang besar buat uminda di sana


alfatihah




Muhammad Yazid Bin Ab Karim - meninggal pada 01 Disember 2008
Rohani Binti Abdul Aziz - meninggal pada 25 Mei 2014
Muhammad 'Atuf Bin Ab Karim - meninggal pada 30 Jun 2014


Bismillah... ya Allah ya rabbul 'izzati, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, Kau ampunilah dosa adik beradik ku, Kau ampunilah dosa saudara2 islam aku, Kau tempatkanlah mereka di kalangan orang orang yang beriman, Kau ringankanlah azab dan seksa kubur mereka, Kau luaskan lah kubur mereka seterang cahaya seribu satu malam, Kau permudahkanlah mereka untuk menjawab soalan daripada malaikat Munkar dan Naqir, sesungguhnya aku benar benar mengasihi mereka. amin amin ya rabbal alamin


Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Al Mubarok

Assalamualaikum,


Tahun ni merupakan tahun kedua aku berpuasa tanpa seorang ibu, tanpa dapat memakan air tangan seorang, tanpa dapat berasa dimarah masa dikejut untuk bersahur EH ops :p


tapi alhamdulillah aku masih ada kakak untuk bersama harungi ni semua. demi ayah dan adik beradik yang lain, insha Allah

semoga ramadhan tahun ni lebih diindahi dan diperbanyakkan lagi amalan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM




TRAVEL #01 - PART 2/2 ; Backpack to USS

sambungan PART 1 - Universal Studios of Singapore



okay aku nak share sikit untuk ke USS by backpack dan bukan menggunakan mana mana khidmat/pakej. hope will help :)


USS attraction entrance ticket - boleh dibeli online / beli dikaunter di USS / kirim kawan yang kerja Sentosa World - ok obviously i choose the last one plus boleh dapat discount lagi hehehe
normal price SGD75 convert HERE and yang paling best you guys can upgrade to Express Ticket later tau, depending lah on ke-ramai-an crowd masa tu, add on SGD30 kalau tak silap

BENDA WAJIB DIBAWA/DISEDIAKAN - selipar/sandal (if you wear any shoes), poncho (baju hujan/plastik), botol air bersaiz kecil (u may refill it later), camera for memories and last but not least MAKANAN sebab you sure gonna be zombi after each game haha



5.00am - get up and get ready to have fun

6.00am – start enjin kereta and pick friends at their house

6.30am – arrived at CIQ JB (kereta aku dibawa pulang oleh bakal suami untuk elak pembaziran bayar parking yang mahal hihi jimat)

7.15am – masuk ke CIQ dan terus proceed ke kaunter imigresen malaysia. Kalau nak tahu malaysia ada 2 jenis kaunter ;automatik dan manual . manual ni leceh sikit sebab imigration officer yg akan scan your pasport and sahkan you eligible untuk masuk singapore. While automatic machine adalah sangat mudah dan cepat. U guys Cuma perlu letak pasport dan computer akan scan ur pasport, then scan your ibujari for confirmation. Tak smpai 5 minit pun kalau guna machine automatic ni J



7.30am – naik bas Handal CW2 ke Queenstreet RM3.40. perjalanan ni agak makan masa sebab waktu ni waktu orang pergi kerja, bytheway aku kena berdiri sepanjang perjalanan nak ke kastam SG
kalau perasan kat bahagian kanan tu ada pejalan kaki kan? yes diorang jalan kaki ke kastam SG and you know what memang diorang yg sampai SG terlebih dahulu ya, aku yang naik bas ni almost satu jam jugak lah kena berdiri. belum sampai uss pun dah sakit kaki haha


8.40am arrived Queen St dan berjalan kaki ke Bugis St untuk mula gunakan MRT. Dapatkan EzLink Card kat service kaunter SGD20, worth it kalau korang memang selalu masuk sg atau boleh purchase one-time-use-ticket kat self service machine yg disediakan. 


From Bugis St - Joo Koon (2) - Outrampark - Harbour Front (MRT warna purple - North West Line) --- which will cost U SGD2.60
harbourfront terletak di dalam Vivo City. bila sampai, terus cari escalator and naik tingkat 3(tingkat paling atas) and korang akan masuk ke area Sentosa World Entrance. kat sini purchase one-time-ticket SGD4.00 for return MRT. boleh guna EzLink juga tau! 


once u touch ur ezlink kat sentosa world ni kan, kita boleh pergi kemana mana je kita nak menggunakan perkhidmatan MRT diorang for free, tak perlu guna MRT yg diluar sentosa world, rugilah nanti kita bayar sgd4 tadi tu :)


untuk pergi ke USS daripada Harbourfront, turun MRT kat Waterfront City. yeah finally sampai pun USS. kalau nak amik gambar kat globe USS tu u gais boleh just dropped by je, tak perlu purchase USS tix


untuk kali ketiga ni aku kurang sikit amik gambar sebab lebih pada suka suka je and sebenarnya aku tak berapa gemar sangat orang amikkan gambar, aku lebih suka selfie je haha)sebenarnya tak yakin dengan penampilan diri. tapi adalah jugak gmbar penuh diri ini tu pun amik gambar masa nak balik hihihi
ABAIKAN KETIDURAN -___-









baiklah enough cerita pasal perjalanan pergi. sekarang cerita pasal perjalanan balik pula.


pergi semula ke Waterfront City and naik MRT untuk pulang semula ke Sentosa World main entrance, Vivo City. then turun ke basement Harbourfront untuk naik MRT dan mulakan perjalanan Harbourfront - Ourtrampark - Joo Koon 2 dan transit ke Jurong East untuk pergi ke Kranji = SGD2.60


sampai sahaja di Kranji, amik bas CW1 untuk ke CIQ JB SGD2.60

aku sampai semula ke jb pukul 9.30 malam masa ni tak payah cerita lah kaki rasa longgar semacam nak tercabut pun ada haha gara gara perjalanan balik jb tu takde satu pun yang dapat duduk, sepanjang masa berdiri. jadi aku buat keputusan masa sampai kat Kranji aku tukar pakai selipar peh masa tu rasa macam bersyukur gila sebab bawak extra selipar 


total cost 

USS tix w/o voucher  = SGD 50.0
bus jb-queenstreet = SGD 1.2
since aku mmg dah ada ezlink card, aku just topup = sgd10. (MRT total = sgd9.2) = SGD 9.2
bus Kranji-jb = sgd2.60 = SGD 2.6
total = SGD63.0


convert to MYR = RM175.90#

TRAVEL #01 - PART 1/2 ; Universal Studios of Singapore

Assalamualaikum, hai :)


Ada apa dengan USS?
---ada globe dan ada perempuan acah acah pwinces---

sebenarnya aku bukannya jenis suka pergi tempat yang huha-huha ni, aku suka pergi tempat yang tenang sebab dapat menikmati indahnya ciptaan Allah, tapi sesekali pergi tempat huha ni boleh jerit puas-puas sampai nak terkeluar anak tekak haha


sejujurnya, sebenarnya yang benar benar belaka, tiada yang paling benar, aku dah pun 3 kali membazir pergi ke USS. ya TIGA kali. So, at which part did i say i hate those huha things? k seems like you guys can ignored jelah that phrases




MOMENT

November 2013 - cari gambar lama tapi tak jumpa pulak, so sad 
February 2014 - with girlfriends

June 2015 - with cousins & anon


maka cukuplah setahun sekali aku datang USS ni tanpa sedar dah confirm nak pergi baru perasan benda ni sebab seriously sangat best cuma a bit penat lah sebab kena beratur panjang almost 1jam setengah beratur and the games took about only 3 minutes approximately tu pun termasuk setup bagai hahaha but whatever aku tak pernah serik sebab kemungkinan besar bakal ada kunjungan ku yang keempat :p


to be continue ......... backpack to USS, Singapore :)

Monday, June 1, 2015

New Starts

Hello Gypsy,



Permulaan Baharu? ya aku cuba buat sesuatu yg lain. aku pernah ada blog sendiri yang mana terlampau banyak cerita perihal peribadi. which is sekarang ni aku kurang berminat untuk terlampau berkongsi - dia dah macam bukak aib sendiri pun ya jugak sebenarnya. maklumlah dulu blogging masa muda remaja banyak ke arah suka-suka dan entah apa apa - yang mana bila aku baca balik aku rasa nak termuntah dan terbayangkan penerimaan orang lain haha


aku suka travel, tapi bila dah jejak umur 20-an ni baru aku betul-betul cuba untuk melaksanakan hobi aku tu sebab family aku ni susah sikit nak lepaskan anak-anak berjalan tanpa sebab dan pengawasan. agak cemburu lah bila baca experience qi razali yang travel alone to europe masa umur belasan tahun (if im not mistake)


sebagai salam perkenalan amik ni sikit buat belanja celah gigi hehe
Kintamani, Bali - Oktober 2014




(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻

  Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here,  kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku be...