Thursday, December 20, 2018

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL JA29 SPAJ

Assalamualaikum.
(nak bagi amaran ini adalah post yang sangat panjang ye)

baru baru ni aku dapat tawaran untuk temuduga kerja kerajaan SPAJ. So lepas banyak gila search pengalaman orang lain kat google, tapi malangnya tak banyak yang share pengalaman interview untuk jawatan Penolong Jurutera Mekanikal dan interview dengan SPAJ. Kebanyakkannya semua cerita pasal pengalaman temuduga dgn SPA . lepastu kebanyakkannya temuduga untuk jawatan Penolong Jurutera Awam. Menggila jugaklah nak tahu details pasal pengalaman untuk jawatan yg aku bakal ditemuduga ni.

so aku tekad cari gali and cuba untuk ingat balik apa email and password untuk blog aku ni. sebab dah lama sangat tinggal sampai dah terlupa semua details hihi


Aku dapat berita pasal tawaran temuduga pada 2 Disember 2018, masatu aku tengah drive nak delivery Spaghetti Bolognese merembes liuq aku tuu. kau bayangkanlah tengah drive tetibe ada SMS masuk.

 wehhh sumpahh menjerit macam orang gila hahahaaha siap park kereta tepi jalan and bukak double signal semata mata sebab nak check email


lepas check email peh memang sah memang aku tak salah baca maknanya aku tak buta. haha so orang yang pertama yang aku bagitahu is bestfriend aku, afy. sebab dia je yang tahu betapa aku nak sangat kerja spaj. aku dah start mohon kerja spaj dari tahun 2015 tahu tak. sebab tu lah jadi excited teroxx.


so, detail email tu camni

fuhhh berpeluh terus bila baca email tu sbb temuduga nya lagi 9 hari je. aku ni dah setahun 3 bulan tak bekerja, jadi suri rumah sepenuh masa. of course lah 9 hari tu tak cukup untuk aku buat persiapan. persiapan dari segi mental dan fizikal. 

nak dijadikan cerita 2 hari sebelum interview tu tetibe ada mesej masuk, mengatakan tarikh interview tu ditunda ke 17/12/2018, fuhhh masa tu rasa lega sangat-sangat sebab Allah bagi aku masa lagi untuk buat persediaan yang lebih rapi. tambahan masa untuk study and prepare document/fail resume semuanya.


so pada hari kejadian temuduga tersebut ;
tunggu suami balik kerja pukul 6.30 camtu dia sampai rumah. masani aku dah settle solat, dah pakai baju, aku tengah bersiap solek tipis, tinggal nak pakai tudung. dia sampai je aku suruh dia mandi. pastu aku prepare air untuk mandi kan Nufa Maryam babygirl aku tu, sementara aku nak sediakan barang yang nak diangkut masuk dalam kereta.
lepas dah settle mandikan anak, aku pun sambung bersiap sikit lagi. 

ngam 7.30pagi gerak keluar dari rumah. so far okay lah walaupun ikut planning awal aku nak 7.30 dah sampai sana.
so ngam ngam jam pukul 8.00pagi aku sampai pejabat pusat temuduga SPAJ. suami and Nufa kena duduk luar ofis. masa ni perasaan memang bercampur baur lah. dengan gemuruh nak temuduga campur dengan risaukan nufa dgn daddy dia. sebab anak aku baru 6 bulan setengah, and dia fully breastfeed. 

sebab tak sempat nak pam susu badan untuk buat stok, aku pun beli lah botol and susu formula as a backup masa interview tu. tapi alkisahnya lah, susu air panas semua aku dah bawak dah, tetibe teringat, botol nya aku terlupa bawak hahahaha

masa tu cuma fikir, oh mungkin memang dah tertulis takdir yang nufa akan dapatr hak susu badan dia untuk sepanjang hari tu. 

dalam kereta perjalanan nak ke Kota Iskandar, sempatlah aku menghafal nama daerah yang ada dalam Johor. and siapa sangka itulah soalan yang ditanya tahu tak! nasib baik sempat hafal haha

sampai sampai je kat situ terus jumpa urus setia untuk sesi temuduga. and rupanya aku adalah calon yang pertama untuk ditemuduga. aku tak pasti kalau temuduga SPA macam mana. tapi kalau untuk SPAJ, sesi temuduga tu bukan ikut giliran siapa cepat sampai, dia giliran yang pertama. no no no. diorang awaal-awal dah susun giliran calon temuduga tau. so korang datang awal ke lambat ke tak mengubah apa-apa. 

untuk hari yang sama sesi temuduga aku tu ada dua set panel. Panel A dan Panel B. total calon ada lebih kurang 24orang calon. setiap panel akan temuduga 12 calon. aku dalam kumpulan Panel A. ada 4 orang Panel. fuh masa tu tergigit lidah jugaklah terperanjat bila urus setia cakap ada 4 panel hahahah sebab biasa dengar cuma 2 panel je.

pastu aku ada terdengar calon lain tanya urus setia ada berapa kekosongan? rupanya ada 10 kekosongan. fuhh banyak tu. so kiranya chances untuk setiap orang calon diterima adalah 41.7% tinggi peluang tu! sebab tak ramai calon yang dipanggil untuk interview haritu.

lepas aku tilik-tilik, jumlah calon perempuan cuma 4 orang sahaja. sikit. means lagi tinggi lah chances untuk aku dapat jawatan tu kan. bila dah buat pemerhatian macam tu, tu lah yang buatkan aku lagi bersemangat nak hadapai temuduga masa tu tau. lagi buat aku rasa nak buat bersungguh-sungguh masa kat dalam bilik temuduga nanti hehe


8.30pagi
Calon pertama untuk Panel B dah mula dipanggil. bertambah lah berdebar-debar aku masatu. 
9.00pagi
Calon kedua untuk Panel B pula dipanggil.

masa ni dah pelik eh apsal Panel A tak start lagi ni?
so aku pun tanya urus setia, memandangkan aku calon pertama untuk Panel A kan. lol walaupun sebenarnya sebab aku berdebar takut terlepas ke tak perasan ke, sbb masatu aku macam banyak kali keluar masuk pejabat tu untuk checkout Nufa dgn daddy dia. Sempat jugaklah aku breastfeed Nufa sebanyak 2 kali. 

so urus setia tu cakap, Panel A belum start lagi sebab Ketua Pengerusi belum sampai lagi.
ohh okay lah takpe, ada masa lagi lah untuk aku tenangkan diri haha

9.10pagi
suami aku panggil. dia kata Nufa mengantuk, and dia suruh aku susukan nufa. aku susukan nufa dalam 10 minit camtu, Nufa mamai je belum tidur lagi. aku pun letak dia dalam stroller and suruh suami tolak2 je stroller tu alhamdulillah anak aku senang tidur, dia boleh tertidur sendiri.
aku pun rushing gaklah masuk pejabat balik sebab takut tetibe kena panggil.

9.25pagi
sambung berbual dengan calon kedua, tanya dia pasal pengalaman latihan industri kat JKR, apa tugas dia masa tu. sebab sesi temuduga aku  masatu adalah dengan JKR. aku sikit pun takde study pasal JKR wehh ok lah last minute dapat tambah ilmu

9.30pagi
loceng bunyi 3kali dingdingding~ menandakan Panel A dah mula panggil calon. aku lah tu calonnya yang pertama. fuh menggelepor hahah urus setia tunjukkan jalan pintu bilik yang mana satu and dia pesan jangan lupa ketuk pintu, serah fail pada panel 4, duduk apabila disuruh sahaja. (rasanya ni yang paling biasa orang pesan kan bila kita minta tips temuduga kerajaan? so jangan risau sebenarnya ni tips untuk hilangkan darah gemuruh tu) 
bila last sebelum nak temuduga ada yang pesan macamtu alhamdulillah kurang lah sikit rasa gemuruh tu, takde lah kelam kabut taktahu nak buat apa. betul tak?

sesi temuduga aku berjalan selama 40minit. 9.30pagi-10.10pagi

Alhamdulillah sebab dapat Panel yang okey tak tegas, siap bergurau lagi hihi
so ni aku just listkan je soalan yang ditanya ya, jawapan mana yang perlu jelah aku bagi 

_________________________________________________________________________________


Panel 1 (Ketua Pengerusi ; SPAJ)
  1. Perkenalkan diri kamu, dan ceritakan sedikit tentang latar belakang keluarga dan pendidikan (yang ni tricky sikit, memandangkan panel mintak jelaskan pasal keluarga so kena lah cerita pasal family semua, tapi kalau tak ditanya tak payah cerita pun takpe tau)
  2. kamu pernah menjalani latihan industri kan? ceritakan sedikit tentang pengalaman kamu
  3. bila kali terakhir kamu bekerja? (sbb dalam borang ada tulis yang aku suri rumah)
  4. pengalaman kerja pertama selepas tamat belajar dan kenapa banyak tukar tempat kerja

Panel 2 (SPAJ)
  1. apa itu SPAJ, dan jika diterima bekerja kamu tahu kamu akan bekerja dimana? - SPAJ adalah singkatan nama untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. dan sekiranya saya diterima bekerja saya akan ditempatkan dimana-mana agensi yang berada di dalam negeri Johor
  2. ada berapa daerah dalam johor? dan namakan kesemuanya. - ada 10 daerah ; johor bahru, kulai, kota tinggi, kluang, segamat, muar, pontian, batu pahat, mersing & tangkak (ni lah yang aku bertungkus lumus hafal dalam kereta masa perjalanan nak ke tempat interview. fuhh nasib baik terifkir nak hafal haha alhamdulillah dapat jawab)
  3. nama penuh Sultan Johor? - Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
  4. Rukun islam yang ke-2? - Menunaikan solat . - tapi masa tu otak tengah bebal yang aku jawab beriman kepada malaikat. pastu panel tu ketawa bila aku dapat jawab betul . dia siap cakap takpe saya tahu awak tahu sebenarnya, tapi sebab awak tengah gemuruh tu yang jadi lain jawapannya, takpe saya faham. hahah fuhh lega!
  5. menunaikan solat apa? dan apa hukum dia? -menunaikan solat 5 waktu sehari, hukumnya wajib
  6. namakan solat sunat yang ada? - solat sunat tahajud, istikharah, hari raya, dan sebagainya.
  7. selain dari solat sunat tambahan, ada solat sunat apa? - solat sunat sebelum+selepas solat 5 waktu, subuh, zohor, asar, maghrib, isyak

Panel 3 (JKR)
dia terangkan yang walaupun temuduga untuk jawatan bahagian mekanikal, tapi dalam bidang kejuruteraan kena tahu and faham segala aspek meliputi kejuruteraan awam/elekterik/mekanikal.
soalan yang dia bagi pun lebih pada pengetahuan am je
  1. terangkan fungsi pam yang kamu tahu? - menaikkan paras air
  2. apa yang kamu tahu yg berkaitan dengan bidang automotive? - kereta. 
  3. apa komponen yang ada pada kereta? - tayar, enjin, body/rangka badan, gear, steering
  4. kamu sebut pasal tayar. ok terangkan apa fungsi tayar - menggerakkan kenderaan, menghentikan kenderaan
  5. apa fungsi AirCond yang kamu tahu? - mengalirkan udara yang segar dan bersih, menyejukkan sesebuah kawasan bilik/ruang
  6. kenapa kena servis aircond? - untuk memastikan pengaliran udara yang bersih, supaya jangka hayat aircond itu dapat bertahan lama, tak mudah rosak, 
Panel 1 ( Ketua Pengerusi, SPAJ)
ok selesai untuk sesi temuduga kamu, tahniah kerana hadir pada harini. kita akan maklumkan keputusan kepada kamu dalam masa 6 bulan dari tarikh temuduga harini. terima kasih, kamu boleh pulang


Panel 4 (urus setia)
panel ni takde tanya soalan pun, dia cuma agihkan fail temuduga aku ke panel lain. and serah semula fail temuduga lepas selesai sesi tu.



_________________________________________________________________________________

fuhh lega betul lepas settle temuduga tu, aku keluar bilik tu dalam keadaan tersengih-sengih, bukan lah sebab dapat jawab semuanya pun, tapi sebab terkenangkan nak menjawab soalan dari pihak JKR, soalan nya semua pengetahuan am, soalan yang tak disangka akan ditanya wehh

tapi lega sebab semuanya berjalan dengan lancar untuk sepanjang hari tu.
daripada bangun tidur, nak bersiap, nufa maryam pun tak banyak karenah tak meragam, takde tertinggal dokumen penting, cuma tertinggal botol susu nufa jelah haha, pastu sesi temuduga pun berjalan lancar, aku dapat giliran yang pertama which is sangat bagus sebab aku nak balik paling awal, sebab risaukan kebajikan babygirl nufa maryam, takut dia meragam lah kan.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah


so sekarang ni cuma nak tunggu keputusan je. harap sangat boleh dapat peluang kerja dengan kerajaan. sebab semua orang pun tahu kelebihan kerja dengan kerajaan kan. huhu

nanti aku update apa keputusan sama ada berjaya atau gagal.

ohh untuk persiapan file resume/dokumen pun nanti aku buat update post lain pulak ye. nanti aku update letak link kat bawah ni. sebab masa aku pergi interview haritu, aku duduk paling hampir dengan meja urus setia, boleh nampak ramai yang tak well prepared dalam penyediaan dokumen, bukan nak bangga ke perasan ke, tapi aku rasa aku antara 10% yang fail nya lengkap & tak perlu disusun semula pun. 

korang sebelum nak gi interview keraajan tu, rajin lah google cara susun fail tau. ni bukan untuk tambahan markah je, tapi untuk tambahkan keyakinan diri korang jugak. takde lah kelam kabut, last minute baru nak susun fail bagai. 

aku siap buat name tag kot yang magnetic lagi tau.
baju kurung pahang tempah last minute, sbb nak buat baju yg nursing friendly, pastu sbb semua baju kurung dah tak muat, almaklumlah lepas bersalin kan haha
kasut tutup penuh pun beli baru, dah tak kerja mana nak ada kasut tutup penuh 
                                       
yang paling sendu ialah aku terpakai stokin warna yang tak matching hahahahahhaa
                                     
Semoga Na'ielah Farahfiesyah Binti Ab Karim berjaya mendapatkan jawatan Penolong Jurutera Mekanikal JA29 SPAJ, amin amin ya robbal alamin.

terima kasih doakan saya :*




(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻

  Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here,  kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku be...