Tuesday, June 1, 2021

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Hospital Kerajaan HSAJB Part 1.

 Hi guys assalamualaikum

Anyways, kalini aku nak share my very own personal experience. Iaitu pengalaman bersalin anak pertama

Aku ni sebenarnya Sebab tak tahu lg akan celebrate birthday anak aku cmne. Takde idea lagi. So i personally nak celebrate her birthday dgn memperingati jerih payah nak bersalin kan nufa maryam dgn buat posting ni


By the wayy aku ada share jugak pengalaman aku ni dalam bentuk video kat youtube. Mana lah tahu korang malas nak baca ke kena, bolehlah tekan link kat bawah ni ye

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 1 : https://youtu.be/NYPSC5wk2I8 

Nama; Nufa Maryam (Yang tertinggi, Yang sempurna tinggi kecantikannya)

Tarikh dan masa lahir;1st june 4.22pm ramadhan ke-16

Edd; 18/june

Actual due date; 39w 0days

Berat; 2.6kg


First time experience atau Braxton Hicks at 37w, sakit yg konsisten muncul setiap 1jam berturut selama 4jam
So nurse pun pergi bawa bby. Tinggal lah aku sorng kat situ. SAMBUNG TIDUR ðŸ¤£ðŸ¤£ 

 

Nufa 55hari kat kedah 

 


Hari Raya Aidilfitri 2021

 

Hari Raya Haji 2021 


 

so masa 38w+ Aku start buat simple exercise untuk bagi cepat jalan buka. Aku masa ni duduk kat rumah ayah aku, kat kawasan kampung, so aku pusing keliling jalan besar kat dlm kampung cuma slow walk almost 3km.

 

How to describe contraction? Lagi2 kalau korng first time mum mesti rasa confuse kan, no worries, aku ni dah mengandung kali kedua pun tetap jugak confuse. Padahal beranak selang setahun je ðŸ˜‚


kalau nak tahu korang akan rasa perut mengeras kat bahagian bawah pusat, sakit pinggang, rasa nak berak yg sembelit. Tiga rasa sakit ni berlaku serentak

1000x lebih keras berbanding period pain. 

So on 31may aku mula rasa my first real contraction, bukan lagi brixton hicks ye. 

 

1st contraction 8.30pm, 

2nd contraction 9.30pm

3rd contraction 10.30pm makin kerap 15-20minit sekali 

call husband utk standby pergi hospital  

Layan contraction 

Layan je contraction yg kejap dtg kejap hilang, kekerapan tu tak konsisten tapi tahap kesakitan makin lama makin kuat. 

Sempat gak tertidur terlelap kejap2 tapi kadang terganggu suami call tanya update. 


Last dia call pukul 1.30 kena marah sbb asik call byk kali. hahahaha Aku ni nak tidur supaya dapat alih perhatian drpd rasa sakit tu

Pastu pukul 2am cmtu tersedar sebab rasa melekit kat kaki 


Gi toilet check rupanya turun tanda darah. Banyak macam 3rd day period

Bila turun darah, contraction makin kuat makin kerap. So decide utk mandi. Lepas mandi badan rasa segar sikit. Lepastu sambung tidur jap hahaha 

3am tetibe suami kejut ajak gi hospital. Aku taknak sebenarnya sbb rasa still bearable. Tpi suami paksa risau apa2 jadi sbb hospital jauh. 

So dgn berat nya aku bersiap dlm keadaan paling slow. 3.15am cmtu keluar rumah. Singgah rumah sewa (dah takduduk situ sbb ada kes tak syok kat rumah tu) 


Then dalam 3.45am aku ajak suami lepak mamak dulu, alang2 tu boleh sahur dan aku nak makan utk alas perut. 

Time ni dh tak senang duduk,korang tahulah kedai mamak punya kipas berapa banyak kan, pastu time tu dalam 4pagi, kerusi meja diorng semuanya besi hahaha sejukkkkkk sangat2 pehh makin menguatkan rasa perut mengeras.  


Aku order milo o panas. Roti tisu.

Takleh telan. Baru minum air 2 hirup, makan roti tu dalam 3 4 suap terus rasa hilang selera.Kekerapan 7-10minit sekali.

 

So badan makin rasa tak best. 

Suami dh siap makan. Bebel2 suruh aku makan. Tapi mmg dh takleh makan. 

Cuba juga paksa makan tapi tetibe contraction makin kuat. 

Aku cakap kat suami aku nak brjalan sbb sakit sgt2. 

Laki aku ye kan je hahaha


Bertawaf lah aku kedai mamak tu. Sekejap2 berhenti sambil pegang meja org tgh makan. Sekejap bersandar kat tiang, sekejap2, membongkok kat kerusi yg takde org duduk, dkt 20minit jugak melayan termundar mandir masa tu 

4.30am suami aku ajak gi hospital sbb dia dh start boring n mengantuk. Orang kerja night shift mmg pantang ada peluang tidur. 


4.40am cmtu sampai parking hospital, jalan lengang sekejap je dh sampai.

Tapi time aku ckp kat laki aku kita duduk je dlm kereta dulu, aku suruh dia tidur je. Nt kalau nk naik atas aku bgthu. 

3jam duduk dalam kereta layan contraction yg masih lagi 5-7minit. Sempat 3x aku berjalan ulang alik gi toilet untuk buang air besar.


Tak best betul layan contraction dlm kereta, serba tak kena duduknya. Aku bawak 5 biji bantal utk sendal kiri kanan atas bawah semua aku sendal hahahah 

7.45am aku kejut laki aku ajak dia naik atas. Sbenarnya time ni aku tak rela lagi nak.serah diri. Sbb rasa masih boleh tanggung sakit. Tapu sebab minyak kereta laki aku dh paras nyawa ikan je


Aku pun malas fikir banyak aku ajak dia naik atas je. 

Menunggu kat pac 15-20 minit jugak.

8am cmtu nurse panggil masuk. Tukar kain batik, and baring atas katil utk check ecg baby. Ni benda paling tak selesa. Sbb kena baring tegak je takleh gerak2, masalahnya tgh contraction cmne nak relax.Takleh relaks weh. 3 4x gak ah nurse check baru lh dpt bacaan konsisten. 


Then nurse check bukaan 3cm time ni aku dh rasa menyesal sgt2 sbb aku mmg dh agak yg kesakitan tu belum sampai tahap yg melampau lagi

Sbb bila ada waktu sela dr contractiom qku still boleh berbual gelak2 sikit. 

Tapi tulah nak buat cmne dh serah diri pun kan. 


Aku kat pac tu lama tau. Dari 8am sampai 12pm.

Mcm2 aku saksikan. Ada sorng ni dtg dah pecah ketuban, sampai basah2 lantai kat situ. Doct datang check bukaan, dah fully dilate, kepala baby dh keluar. Diorng tolak stretcher tu dlm keadaan ada doct tengah menonggeng utk tahan baby drpd keluar. Fuhhb kelibut gak ah masa tu 


Time tu aku tgh berjalan perlahan ulang alik 5 langkah gitu je. Pastu tetibe nurse tegur eh awak ni dh nak terberanak tau knp jalan2. Masuk n duduk je jgn jalan2. Terberanak pulak nnt. 

Gitu je kena marah. Terpaksa sambung menahan sakit sambil duduk. Fuhh sumpah tak selesa


Selang 2jam nurse check bukaan. Slow progress. Masih stuck kat 3-4cm. So diorng decide utk hantar aku masuk wad. Sbb labor room takde kosong. 

Aku pun duduk lah kat wheel chair. Ada sorng lagi yg sama kes dgn aku slow progress so kitorng sama2 naik wad. Perjalanan nak naik.wad tu mencabar betul ye. Berliku2. Bergetar2 satu badan. 


Sampai je atas aku dgn akak td sama2 makin mengerang sbb contrqction kuat dtg serentak. Dua2 kena masuk bilik utk check bukaan. Bila check aku dh 5cm. Akak td pulak tiba2 terus 8cm!!


Akk tu dh bersalin anak ke 3 tak silap so tu yg cepat sikit. Tapi aku yakin kitorng jd cepat bukaan tu sbb perjalanan nak naik wad yg mencabar ahhahaha 

Akak tu terus kena tolak gi labor room sbb dah pecah ketuban. 

Aku masih relaks. Doct booking labor room, then pecahkan ketuban. 12.30pm aku dah kat labor room 


Sampai labor room aku dah 6cm. Masa ni menunggu jela. Aku dqh start penat sgt2 sbb dah lebih 20jam tak tidur.  Dr 6cm nak ke 8cm lamaaaaaa sangat amik masa smpai 3jam. Nurse ulang alik keluar masuk bilik, cakap macam2. Aku pekakkan telinga je. Contraction aku singgah lama dan waktu sela tu sekejap. Tp sakit setiap singgahan tu makin kuat. 

So mmg unbearable.


Masa tu aku asik mintak nak minum air je. Sbb tekak haus penat layan contraction tp pada masa yg sama, tekak tak boleh nak telan pun. Cuma mampu satu sedut gitu je.


4pm nurse check bukaan 8cm. Still tak bagi teran lagi. Diorng suruh tahan dulu dr teran. Aku time ni dh penat sgt2 sampai tahap siap tertidur sbb pukul 3pm cmtu nurse ada bagi ubat tahan sakit. 

Ubat tahan sakit tu mmg effect mengantuk. 


4.10pm 9cm nurse suruh control pernafasan kalau rasa nak teran boleh teran tp jgn paksa. Teran time contracton dtg je. 

Time ni aku mmg mamai, 2org houseman henyak kat perut sorang kiri sorng kanan. 2 nurse lg tolong tahan betis kanan kiri. Sorg nurse tolong support blkg badan aku.  

10 15 minit jugaklah kena henyak kat perut kiri kanan. Aku dah mcm buat show. Ramai gila nurse doct dlm bilik tu. 


Aku tak pandai teran. Sbnrnya masa 9cm tu doct gunting sikit tp aku mmg tak sedar apa dah sbb mengantuk. Bila dah gunting tu terus 10cm kepala bby keluar. Aku tersedar dr tidur tu pun sbb dgr nurse doct jerit happy2

Ingatkan dah settle lah. Aku pun kemain cakap alhamdulillah alhamdulillah pastu tetibe kena tegur ehhh belum boleh sanbubg tidur baru keluar kepala, badan belum lepas. 


Contraction dtg. Aku teran 2 3 kali dan aku tertidur. Again.  Tiba2 tersedar sbb riuh nurse dok bising2 ckp alhamdulillah tahniah puan, baby girl. Ni pun mamai lagi. Tetibe nurse letak bby kat badan haaa baru segar biji mata

Tapi sekejap je letak. Tak sampai 3 minit pun nurse amik semula utk bersihkan bby. Aku sambung tidur. Lega!


Tah berapa minit kendian nurse dtg bwk bby utk disusukan. Tp ni pun skjp je

Masa aku teran, blood pressure aku tinggi sikit. Jd bby kena masuk wad utk dipantau. Sambil susukan bby tu nurse bawa form utk details bby. Confirm kan grnder n berat bby semua. Then nurse amik bby semula


Sblm dia nak keluar tu, dia kata terlupa nk bgthu smthg. "Oh ye anak awak ada tahi lalat ye" sambil tunjuk tahi lalat anak aku kat pelipat siku besar duit 50sen 


 

 Ok jugak bby kena tahan wad asing aku betul2 dpt rehat 2 hari tanpa bby. Sedih jugak lah tgok jiran katil semua sibuk pgg bby bagai. Meleleh gak air mata 


Alhamdulillah lahirlah anak sulung, putri sulung, Nufa Maryam. Harini, umur nufa genap 3 tahun. Yg paling banyak akal. Kuat dengki. Bila marah jarang dia dengar ckp biasanya dia ngentan hahaha 


Takde rupa makpak. Tapi rupa nenek dr dua side. 

Kawan2 siap tanya betul ke ni anak kau, asal takde rupa korng laki bini hahaha siot betul


Masa bawah setahun nufa small halus je hahaha skrg hamik kau dah 15.2kg tgh dlm proses utk potty train. Siang dh ok. Malam je masih pakaikan pampers

 

 

 

Rasa mcm dh lama sgt ni, i ada nak cerita beberapa kisah lucu sepanjang i bersalin tapi mcm dh tak sempat so i sambung buat part 2 ok? 


Ok korang nnt i akan letak link untuk part 2 kat bawah tau, korng jgn lupa tengok. And btw jgn lupa follow tau! Thanks for stoppong by guys. Till next time! Bye!

 

Jangan lupa checkout my youtube! 

 Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 1 : https://youtu.be/NYPSC5wk2I8


With Love,

Nella 💕 






LETS BE FRIENDS IN SOMEWHERE DOWN HERE ðŸ’•

          Instagram : https://www.instagram.com/nellanekla/

          Twitter : https://www.twitter.com/fyshakarim

          Facebook : https://www.facebook.com/fyshakarim


For business purpose;

           itsnella.co@gmail.com

           fiesyahenquiry@gmail.com


No comments:

(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻

  Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here,  kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku be...