hari ini, dalam kalendar islam, genap lah setahun pemergian almarhum Muhammad 'Atuf bin Ab Karim. seorang abang yang aku kasihi dan sayangi. Pagi Ramadhan ke-2, sewaktu hendak pergi ke kerja menaiki motorsikal berkuasa besar yang aku sendiri tak pasti jenama apa (haha) sebab seingat aku umur motor tu baru sebulan sebelum pemergian dia menghadap Illahi
perit sebenarnya rasa macamni. genap setahun yang lalu, perasaan apabila terima berita daripada kakak aku itupun aku baca status dia kat facebook. masa tu aku dirumah bakal mertua menyambut puasa di Mersing.
almaklumlah selepas subuh aku tertidur, message dan call daripada kakak dan ayah aku tak perasan langsung. bangun bangun daripada tidur tengok handphone ada notification daripada kakak aku kat facebook. aku buka, aku baca dan hanya mampu menangis sekejap.
lima minit kemudian, aku bawa handphone dan tunjukkan pada boyfriend (masa ni belum bertunang), aku menangis kesal siap pakej hentakhentak kaki lagi. masa tu bakal mertua ada sekali dan tengok lah aksi kebudak-budakan aku masa tu, malu tapi lebih kepada sedih lah
terkejut terkedu
terus siap siap balik rumah, masa tu kebetulan memang ke mersing bawa kereta aku, viva hitam yang comel. jadi nakbalik ke jb pun aku yang drive sebab boyfriend takde lesen lagi masa tu, bertiga dengan adik dia. family boyfriend siap ambil cuti dan semua sekali iikut bertolak balik jb.
--i could have the best in law in this world, thank you--
sampai sahaja di rumah, jenazah dah pun dibawa masuk ke ruang tamu rumah. aku nampak kakak aku dan aku terus memeluk dia dari belakang, sahabat dan saudara yang di sebelah semua ke tepi seakan memberi kami peluang untuk bersedih.
masa ni Allah je yang tahu betapa pedih dan sedihnya yang kami rasa. hampir sepuluh minit berpeluk dan menangis. peluk terlerai pun bila ditegur oleh saudara yang baru tiba.
alhamdulillah segala urusan pengebumian selesai lebih kurang jam 2 petang. selamat lah arwah abangku mengikuti arwah ibuku ke alam barzakh. tak banyak yang aku pinta, moga dengan kehadiran abang aku, dapatlah dia menjadi syafaat yang besar buat uminda di sana
alfatihah
Muhammad Yazid Bin Ab Karim - meninggal pada 01 Disember 2008
Rohani Binti Abdul Aziz - meninggal pada 25 Mei 2014
Muhammad 'Atuf Bin Ab Karim - meninggal pada 30 Jun 2014
Bismillah... ya Allah ya rabbul 'izzati, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, Kau ampunilah dosa adik beradik ku, Kau ampunilah dosa saudara2 islam aku, Kau tempatkanlah mereka di kalangan orang orang yang beriman, Kau ringankanlah azab dan seksa kubur mereka, Kau luaskan lah kubur mereka seterang cahaya seribu satu malam, Kau permudahkanlah mereka untuk menjawab soalan daripada malaikat Munkar dan Naqir, sesungguhnya aku benar benar mengasihi mereka. amin amin ya rabbal alamin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻
Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here, kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku be...
-
Assalamualaikum. (nak bagi amaran ini adalah post yang sangat panjang ye) baru baru ni aku dapat tawaran untuk temuduga kerja kerajaa...
-
Noah Muhammad Bin Mohamad Nasrin Syahimin Jumaat 15/11/19 4.25pm 4.1kg 52cm Emergency caesarean (masa dalam ot bukaan 8cm ðŸ˜) Bismillah...
No comments:
Post a Comment