Saturday, February 22, 2020

Pengalaman Bersalin Caeser | Anak Ke-2

Noah Muhammad Bin Mohamad Nasrin Syahimin
Jumaat 15/11/19 4.25pm
4.1kg 52cm
Emergency caesarean (masa dalam ot bukaan 8cm 😭)

Bismillah ya rahman ya rahim
Alhamdulillah syukur
Selamat melahirkan baby boy 29hari yg lepas. Hari & masa sama dgn kakak dia nufa maryam (jumaat 4.22pm)

Saja nak semat pengalaman bersalin kat sini. Sebab masa tengah tunggu hari nak bersalin tak sudah2 blogwalking baca pengalaman org sebab terlupa pengalaman sendiri masa anak first 🤣🤣
2nd pregnancy ni Alhamdulillah bebas dari segala masalah penyakit. Mabuk dari awal mengandung sampai nak bersalin tu to me perkara biasa lah haha.

Percayalah setiap pregnancy setiap anak yg dilahirkan dugaan ujian rezeki semuanya berbeza beza. Kau dah beranak 10x pun jangan samakan anak kau dgn anak aku yg 2 niu. Lain sis, lain.

Masa nufa;
1. Tak banyak gain weight. Siap timbang masa kat PAC Hsa, berat terakhir=berat sebelum mengandung. Sebelum=74kg, semasa/mabuk=55kg, sebelum bersalin =74kg, selepas bersalin=70kg.
2. Kencing manis (gdm) on diet & tipu2 bacaan bsp 😂
3. Kencing kotor
4. Urusan nak bersalin dikira sbg mudah. Start contraction 8pm, 2.30am turun darah, 4.30am sahur kat mamak 5.30pm stay kat parking hsa & ulang alik toilet berak 3x, 8am naik PAC 3cm, 12pm masuk labor room, 4.22pm selamat bersalin normal.

Masa noah ;
1. Gain weight menggila
Sebelum = 84kg
Semasa/mabuk = 75kg
Sebelum bersalin = 90.4kg
Selepas bersalin = 75kg

2. Takde kencing manis

3. Takde kencing kotor

4. Urusan nak bersalin agak tricky. Dua minggu sebelum bersalin baby dah start bagi contraction main2 yg buat aku confuse & terlupa mcm mana rasa contraction tu. Seminggu sebelum bersalin dah start turun lendir+darah to darah nya sgt halus nak kena belek2 lendir tu baru perasan ada darah.

*   40w6d serah diri, malam tu maghrib start rasa contraction makin kerap. & tak boleh tidur langsung menahan contraction. Taktahu perasaan aku je ke ape tp rasa kalini punya contraction tak sekuat masa nak bersalin nufa

* 6am tukar pad & solat
* 6.30am nak gi toilet rasa macam terkencing. Rupanya leaking ketuban.

* 7.30am doct panggil utk check jalan. Masa ni contraction dah start 3-5minit sekali. Doct check rupanya ketuban dah leaking, dah nampak rambut baby & bukaan dah 4cm, immediately doct booking labor room & pecahkan ketuban

* 8am masuk labor room
* 10am progress 2cm (total 6cm)

* 11pm cmtu aku rasa nak berak. Akuu siap seluk lubang bontot sbbb nk make sure ade tahi ke tak. Haha. And mmg beetul aku nak berak. Cakap kat nurse yg aku mmg betul2 nak berak sbb dah pegang & rasa ada tahi kat situ. Nurse tu seluk & tekan rectum pastu suruh teran pehh rasa nya melambak tahi aku. Lepastu aku mintak nurse tu buat lagi sekali tapi takde tahi pun tapi rrasa legaaaaa nak mampusss

* 10am-3pm takde progress (6-7cm)
* 3.30pm tolak ke ot
* Kena inject bius kat tulang belakang tp rasa sakit contraction tu lagi kuat & sakit (unbearable- rasa mcm ada batu nak keluar tapi tersekat, sampai aku tak rasa sakit kena bius
* Kena belah potong ape semua aku dh tak sedar sbb penat meneran & mengantuk sgt2. Aku sedar time doct tengah tarik baby keluar dr perut. & dgr doktor cakap “patutlah baby nak keluar ikut perut, baby besarrrrr” suara doct agak excited kat situ ye, & aku hanya mampu tersengih lega.
* Sambil doct staff nurse semua tgh jahit and bersihkan semua, tetibe dengar nurse menjerit “4.1kg!!” Tergelak aku kat situuu sbb tak sangka sebesar itu anak yg keluar. Patut lah senak je perut aku memanjang 😂😂






No comments:

(Part 2) Pengalaman Bersalin Anak Sulung, Hospital Kerajaan | Kelakar 😂 Dan Seram 👻

  Hi guys, Assalamualaikum, its me Nella, its been awhile since i last post an update here,  kalini aku nak sambung cerita pengalaman aku be...